Mrs Panda
ABOUT ENTRY FACEBOOK
TAMPIL MENAWAN DENGAN 8 PERHIASAN
Wednesday 18 September 2013 • 02:48 • 0 comments

ADA LAPAN PERKARA YANG BOLEH MENGHIAS DIRI KITA 
  • Menjaga diri daripada meminta - minta ialah perhiasan kepada kefakiran
  • Bersyukur kepada ALLAH menjadi perhiasan kepada nikmat yang dikurniakan ALLAH
  • Bersabar adalah perhiasan ketika kita kita menghadapi musibah
  • tawaduk adalah perhiasan untuk kemuliaan keturunan
  • Beradab adalah perhiasan bagi penuntut ilmu
  • Tidak sombong merupakan perhiasan untuk seorang pelajar 
  • Tidak mengungkit - ungkit menjadi perhiasan bagi seorang pelajar 
  • Khusyuk merupakan perhiasan untuk SOLAT ! 


GENERASI AL-QURAN HIDUP
Sunday 15 September 2013 • 00:50 • 0 comments
Jarang kedapatan ulama yang mampu menginterasikan ilmu wahyu dengan ilmu aqli dalam penyampaian dakwah masa kini . Di sekolah-sekolah para ustaz dan ustazah yg mengajar ilmu tauhid jarang mengaitkannya dengan asas x2 ilmu sains , padahal AL-Quran kaya dengan dasar x2 sains apabila Allah mendorong manusia melihat dan merenung bagaimana bumu, langit, gunung-ganang dan haiwan diciptakan .

Manakala guru-guru sains pula tidak menyelitkan unusur x2 tauhid sewaktu mengajar tentang kejadian hujan , kitaran pemakanan , pembiakan haiwan dan sebagainya . Akibatnya , mata pelajaran agama telah diajar tanpa sains . Mata pelajaran sains pula diajar tanpa nilai agama . Lalu bagaimanakah nanti para pelajar hendak mengaitkan agama dengan kehidupan dan menyusun kehidupan dengan agama ???

Pada hakikatnya , hubungan sains dan Al - Quran sangat serasi . Ilmu wahyu boleh lah diumpamakan sebagai dasar (tapak) pada ilmu aqli (seperti fizik ,bilogi , kimia dan matematik ) yang menjadi bangunannya . Tanpa bangunan , tapak tidak mempunyai apa x2 makna . Manakala, tanpa tapak yang kukuh , bangunan walau sebesar mana pun pasti akan runtuh . Sepatutnya , kedua - dua ilmu bukan sahaja disampaikan secara bersepadu , malah diamalkan secara bersepadu juga .

Al-Quran diturunkan untuk difahami , dihayatidan diamalkan oleh manusia . Mata pelajaran sains sewajarnya menjadi landasan atau saluran manusia untuk mengenal dirinya sebagai hamba Allah dan kemudian menggunakan ilmu x2 yg sama untuk melaksanakan peranannya sebagai 'wakil' (khalifah) Tuhan .




Owner

My Status
>>
date : NOW
at:10 am


>> I SINCERELY LOVE ALLAH N MUHAMMAD !
date : 12/12/12
at: 12pm


>>
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • TAMPIL MENAWAN DENGAN 8 PERHIASAN
  • GENERASI AL-QURAN HIDUP

  • D' Credits
    Basecode : N.Hana
    Edited : Choco Lover